Tuesday, February 2, 2010

water color gila!


Sejak bila pulak water color dikatakan gila? mengapa ia dikatakan gila? bagaimana dia gila? tidaklah diketahui. Apa yang pastinya, water color memang gila. aku ni sebenarnya nak kongsi pengalaman sikit about water color ni. Dari segi teknik dia sampai lah ke trick, ia merupakan sesuatu yang harus dipelajari oleh setiap insan. Macam korang lah. Pengalaman yang bakal ku kongsikan pada sekalian ialah dari segi perancangan water color. Korang kena peka dengan gubahan idea dahulu. selalunya orang tak tahu apa dia nak lukis. Kadang-kadang dia sendiri pun tak tahu yang dia pandai melukis. Jadi kalau yang beginner, dinasihatkan rujuk buku, rujuk youtube dan sebagainya. Bagi stage yang kedua, sudah kita kenal pasti apa yang korang nak lukis, lukis lah atas kertas . apa lagi. duduk tercegat kat situ buat apa.

Pastikan apabila kita melukis, kita hendaklah melakarnya dengan menggunakan tekanan pensel agak warm warm hot. Jangan sampai nampak garisan. Garisan tu biar ala2 bapuk sikit. Terang tak terang. Dah kita melukis, kita kena kenal pasti dimana arah cahaya. Arah cahaya ni amat penting sekali pasal warna putih bukan dihasilkan oleh water color. Tetapi dihasilkan melalui putih kertas. Benda ni kena ingat sampai mati. Sebab tulah water color ni gila. Pasal dia punya cara tak boleh bla.

Water color ni ada beberapa teknik. Teknik yang pertama ialah, basah atas basah, kering atas kering dan transparent. Teknik2 ni memang korang kena kuasai bila kita nak buat catan khususnya. Pasal buka setakat berlaku kat water color tetapi berlaku jugak kat oil painting. Menurut pengalaman saya, maybe ramai kalangan anda tertanya-tanya... apakah itu teknik transparent??? teknik transparent tu sebenarnya teknik berlapis. teknik berlaku secara automatikli apabila kita menghasilkan form pada subjek mater kita. Contohnya macam buah apple. Macam mana kita nak membentuk form??? Sudah tentulah kita akan membuat ton. Teknik transparent ni berlaku apabila kita menghasilkan ton pada subjek mater secara beperingkat-peringkat. dari cerah ke gelap. tu yang dikatakan teknik transparent. Dengan syarat, lapisan yang sebelumnya (cerah) kering sebelum anda melapiskan warna yang seterusnya yang agak gelap dari lapisan yang pertama tadi.

Jangan sesekali gatal tangan kalau warna tu belum kering kita dah apply warna yang kedua. Teknik wet to wet lo jadinyo. Kalau depan den dah lamo den pukui tangan pakai senduk . Apa yang penting, water color ni mengajar kita bersabar dan ni merupakan disiplin dalam water color. Kadang-kadang bagi yang dah pro, dia dah tahu dari segi penggunaan teknik ni. Jadi ia bergantung kepada kemahiran kita la. Yang pro ni mungkin masa2 tu jugak dia siap. Kalau bagi yang begginer, berlajar sepuas-puasnya teknik tersebut. Tak rugi. Seperkara lagi, kalau kita tak membuat perancangan dari segi penataan cahaya dan warna, buang je kelaut lukisan anda. Sebab, sekali silap, water color sememang tak dapat diatur.Water color ni jenis catan yang kita perlu pandang ke hadapan dan meramalkan apa yang seterusnya dan yang seterusnya. So kira orang kena ada kuasa psikik untuk buat water color ni.

Bercakap pasal trick pulak, apa2 je jalinan baik batu ke kulit kayu ke ranting pokok ke, jalinan2 sebegini memang tidak dapat dilakukan dengan menggunakan berus. trick ni memainkan peranan yang paling penting untuk menjadikan jalinan pada subjek matter secara realistik. pendek kata, nak buat lukisan bagi nampak real la. Untuk membuat trick, kreativiti kitalah yang kena memainkan peranan. Kenapa? kerana kita perlu cari media yang boleh menghasilkan jalinan sama seperti adanya.( keluar jugak ayat prof z) maksudnya tadi, jalinan sebagai contoh, batu. Bagaimana kita nak menghasilkan jalinan batu? so, trick amat2 lah diperlukan.

Water color sememangnya mengajar kita dalam pelbagai aspek baik dari segi, nilai moral dan disiplin yang sedia adanya. Oleh itu sama2lah kita makan water color. Sebelum saya terlupa...(sejak bila pulak aku guna saya ni?) kertas merupakan media yang paling dititik beratkan. kertas tu kalau boleh yang mahal2 punya. Tujuan nya ialah kalau kita nak dapat effect water color yang menarik. Kalau kertas ala2 seposen dua dengan kata lain yang nipis tu, insya allah memang karya korang tak cantik. Berus pun kena jugak elok. Kalau boleh berus sintetik kalau tak dapat beli yang mahal pon. Yang penting, kalau korang pakai berus tu, bentuk dia kembali seperti adanya. (ayat prof z lagi) . Kalau berus tu sekali guna dah terpacak macam penyapu pecah tembok, buang je ke longkang atau buat je chopstik. Sebab kualiti sesebuah karya water color bergantung pada berusnya jugak. paham!!!.... satu lagi, warna.Warna kena yang agak mahal jugak la, tapi kalau nak save budget, beli je warna asas. 3 cukup. Dengan cara ni, korang boleh berlajar macam mana nak campur warna. Bukan tu je, korang akan dapat warna yang berbeza dari orang lain. Kalau beli yang dah memang ada warna hijau, karya korang tak de kelainan dari segi warna ijau nya. Sebab semua ijau yang sama. Kalau korang campur, macam-macam jenis warna ijau korang akan dapat.

last perkara lagi ialah, air. Air korang kena bersih sentiasa. Pas tu bekas korang kena lah high standart. Janganlah ala2 sampan je bekas air tu. Kalau nak mewarna, air tu kena pandai bangsi. Nilah orang kata, sampaikan air pun nak kena canang. Penggunaan air ni bergantung kepada teknik yang korang apply. Nampaknya tangan aku dah naik lenguh. so aku bela dululah.