Tuesday, March 23, 2010

kepentingan kreativiti dalam pengajaran

1. Menarik minat pelajar

mcm biasalah... kalau tak kreatif, pelajar tak minat nak mendalami apa yang kita ajar. kreativiti tu termasuklah dari segi percakapan kita, alat bantuan mengajar kita dan lain-lain lagi.

2. Mencungkil kemahiran berfikir.
apabila sesuatu subjek itu memerlukan kreativiti, secara tidak langsung, kita akan cuba mengeluarkan seberapa banyak idea dalam menghasilkan sesuatu. ini melatih kita untuk mereka sesuatu secara asli dan baru.

3.Membuka minda.
maksudnya di sini, apabila kreativiti diaplikasikan, pemikiran di luar kotak akan tercetus dan ini bermakna pemikiran seseorang tidaklah terhad kepada satu cara atau metod sahaja.

4.Mempelbagaikan kaedah mengajar.
bukan sahaja dengan bercakap tetapi memberi satu alternatif baru dalam mengajar seperti menggunakan slide show, carta alir, perbincangan dan sebagainya.

5. Menghasilkan generasi yang serba boleh.
apabila kreativiti diaplikasikan, pemikiran pelajar tidak terhad kepada satu fakta. sebaliknya memikirkan juga benda yang tidak masuk akal tapi boleh juga di realisasikan.

6.Masalah selesai
masalah akan dapat diselesaikan apabila kita kreatif memikirkan sesuatu yang boleh dijadikan kaedah penyelesaian.

7. Hasil akan lebih unik
dalam penghasilan karya terutama sekali dalam pendidikan seni, karya yang dihasilkan dengan kreatif akan menampakkan keunikan yang tersendiri