Tuesday, June 1, 2010

kadang2 luahan hati pon ada kat blog

selalunya... kalau kita bercakap tentang persahabatan... persahabatan itu indah... kejujuran yang utama... tapi kadang, ia akan menjadi sukar kalau ada penipuan dalam persahabatan... kenap berlaku? kenapa enggan menerima aku sebagai kawannya? adakah aku ni tidak layak? adakah aku perlu dinilai dahulu sebelum berkawan dengannya? aku tahu aku sapa.. aku tahu mungkin perangai aku yang menyebabkan dia tidak suka...

aku sedar... mungkin ini takdirnya kalau kita tidak pernah berterus terang... hubungan ini akan berakhir dengan kesedihan... aku tidak mahu ia berakhir.. aku tidak mahu ia berakhir tanpa apa2 penjelasan... sekurang-kurangnya... jangan lah menipu sebab menipu menampakkan diri aku ni bodoh.. sedangkan dia bergembira dengan rakannya yang lain... timbul sedikit cemburu kerana dia merupakan kawan yang istimewa... jika aku berduka... dialah teman yang dapat menghiburkan... jika dia berduka.. aku akan cuba membahagiakannya...

sampai sekarang aku rasa aku masih diperbodohkan... satu sahaja pinta ku... kalau kau tidak mahu ia berakhir... jujurlah ... cuba beri penjelasan... aku tahu.. kau menyayangi aku.. dan aku juga menyanyangi dirimu...

Tuesday, March 23, 2010

kepentingan kreativiti dalam pengajaran

1. Menarik minat pelajar

mcm biasalah... kalau tak kreatif, pelajar tak minat nak mendalami apa yang kita ajar. kreativiti tu termasuklah dari segi percakapan kita, alat bantuan mengajar kita dan lain-lain lagi.

2. Mencungkil kemahiran berfikir.
apabila sesuatu subjek itu memerlukan kreativiti, secara tidak langsung, kita akan cuba mengeluarkan seberapa banyak idea dalam menghasilkan sesuatu. ini melatih kita untuk mereka sesuatu secara asli dan baru.

3.Membuka minda.
maksudnya di sini, apabila kreativiti diaplikasikan, pemikiran di luar kotak akan tercetus dan ini bermakna pemikiran seseorang tidaklah terhad kepada satu cara atau metod sahaja.

4.Mempelbagaikan kaedah mengajar.
bukan sahaja dengan bercakap tetapi memberi satu alternatif baru dalam mengajar seperti menggunakan slide show, carta alir, perbincangan dan sebagainya.

5. Menghasilkan generasi yang serba boleh.
apabila kreativiti diaplikasikan, pemikiran pelajar tidak terhad kepada satu fakta. sebaliknya memikirkan juga benda yang tidak masuk akal tapi boleh juga di realisasikan.

6.Masalah selesai
masalah akan dapat diselesaikan apabila kita kreatif memikirkan sesuatu yang boleh dijadikan kaedah penyelesaian.

7. Hasil akan lebih unik
dalam penghasilan karya terutama sekali dalam pendidikan seni, karya yang dihasilkan dengan kreatif akan menampakkan keunikan yang tersendiri

Tuesday, February 2, 2010

water color gila!


Sejak bila pulak water color dikatakan gila? mengapa ia dikatakan gila? bagaimana dia gila? tidaklah diketahui. Apa yang pastinya, water color memang gila. aku ni sebenarnya nak kongsi pengalaman sikit about water color ni. Dari segi teknik dia sampai lah ke trick, ia merupakan sesuatu yang harus dipelajari oleh setiap insan. Macam korang lah. Pengalaman yang bakal ku kongsikan pada sekalian ialah dari segi perancangan water color. Korang kena peka dengan gubahan idea dahulu. selalunya orang tak tahu apa dia nak lukis. Kadang-kadang dia sendiri pun tak tahu yang dia pandai melukis. Jadi kalau yang beginner, dinasihatkan rujuk buku, rujuk youtube dan sebagainya. Bagi stage yang kedua, sudah kita kenal pasti apa yang korang nak lukis, lukis lah atas kertas . apa lagi. duduk tercegat kat situ buat apa.

Pastikan apabila kita melukis, kita hendaklah melakarnya dengan menggunakan tekanan pensel agak warm warm hot. Jangan sampai nampak garisan. Garisan tu biar ala2 bapuk sikit. Terang tak terang. Dah kita melukis, kita kena kenal pasti dimana arah cahaya. Arah cahaya ni amat penting sekali pasal warna putih bukan dihasilkan oleh water color. Tetapi dihasilkan melalui putih kertas. Benda ni kena ingat sampai mati. Sebab tulah water color ni gila. Pasal dia punya cara tak boleh bla.

Water color ni ada beberapa teknik. Teknik yang pertama ialah, basah atas basah, kering atas kering dan transparent. Teknik2 ni memang korang kena kuasai bila kita nak buat catan khususnya. Pasal buka setakat berlaku kat water color tetapi berlaku jugak kat oil painting. Menurut pengalaman saya, maybe ramai kalangan anda tertanya-tanya... apakah itu teknik transparent??? teknik transparent tu sebenarnya teknik berlapis. teknik berlaku secara automatikli apabila kita menghasilkan form pada subjek mater kita. Contohnya macam buah apple. Macam mana kita nak membentuk form??? Sudah tentulah kita akan membuat ton. Teknik transparent ni berlaku apabila kita menghasilkan ton pada subjek mater secara beperingkat-peringkat. dari cerah ke gelap. tu yang dikatakan teknik transparent. Dengan syarat, lapisan yang sebelumnya (cerah) kering sebelum anda melapiskan warna yang seterusnya yang agak gelap dari lapisan yang pertama tadi.

Jangan sesekali gatal tangan kalau warna tu belum kering kita dah apply warna yang kedua. Teknik wet to wet lo jadinyo. Kalau depan den dah lamo den pukui tangan pakai senduk . Apa yang penting, water color ni mengajar kita bersabar dan ni merupakan disiplin dalam water color. Kadang-kadang bagi yang dah pro, dia dah tahu dari segi penggunaan teknik ni. Jadi ia bergantung kepada kemahiran kita la. Yang pro ni mungkin masa2 tu jugak dia siap. Kalau bagi yang begginer, berlajar sepuas-puasnya teknik tersebut. Tak rugi. Seperkara lagi, kalau kita tak membuat perancangan dari segi penataan cahaya dan warna, buang je kelaut lukisan anda. Sebab, sekali silap, water color sememang tak dapat diatur.Water color ni jenis catan yang kita perlu pandang ke hadapan dan meramalkan apa yang seterusnya dan yang seterusnya. So kira orang kena ada kuasa psikik untuk buat water color ni.

Bercakap pasal trick pulak, apa2 je jalinan baik batu ke kulit kayu ke ranting pokok ke, jalinan2 sebegini memang tidak dapat dilakukan dengan menggunakan berus. trick ni memainkan peranan yang paling penting untuk menjadikan jalinan pada subjek matter secara realistik. pendek kata, nak buat lukisan bagi nampak real la. Untuk membuat trick, kreativiti kitalah yang kena memainkan peranan. Kenapa? kerana kita perlu cari media yang boleh menghasilkan jalinan sama seperti adanya.( keluar jugak ayat prof z) maksudnya tadi, jalinan sebagai contoh, batu. Bagaimana kita nak menghasilkan jalinan batu? so, trick amat2 lah diperlukan.

Water color sememangnya mengajar kita dalam pelbagai aspek baik dari segi, nilai moral dan disiplin yang sedia adanya. Oleh itu sama2lah kita makan water color. Sebelum saya terlupa...(sejak bila pulak aku guna saya ni?) kertas merupakan media yang paling dititik beratkan. kertas tu kalau boleh yang mahal2 punya. Tujuan nya ialah kalau kita nak dapat effect water color yang menarik. Kalau kertas ala2 seposen dua dengan kata lain yang nipis tu, insya allah memang karya korang tak cantik. Berus pun kena jugak elok. Kalau boleh berus sintetik kalau tak dapat beli yang mahal pon. Yang penting, kalau korang pakai berus tu, bentuk dia kembali seperti adanya. (ayat prof z lagi) . Kalau berus tu sekali guna dah terpacak macam penyapu pecah tembok, buang je ke longkang atau buat je chopstik. Sebab kualiti sesebuah karya water color bergantung pada berusnya jugak. paham!!!.... satu lagi, warna.Warna kena yang agak mahal jugak la, tapi kalau nak save budget, beli je warna asas. 3 cukup. Dengan cara ni, korang boleh berlajar macam mana nak campur warna. Bukan tu je, korang akan dapat warna yang berbeza dari orang lain. Kalau beli yang dah memang ada warna hijau, karya korang tak de kelainan dari segi warna ijau nya. Sebab semua ijau yang sama. Kalau korang campur, macam-macam jenis warna ijau korang akan dapat.

last perkara lagi ialah, air. Air korang kena bersih sentiasa. Pas tu bekas korang kena lah high standart. Janganlah ala2 sampan je bekas air tu. Kalau nak mewarna, air tu kena pandai bangsi. Nilah orang kata, sampaikan air pun nak kena canang. Penggunaan air ni bergantung kepada teknik yang korang apply. Nampaknya tangan aku dah naik lenguh. so aku bela dululah.

Saturday, January 30, 2010

lukisan parsi









A Persian miniature is a small painting, whether a book illustration or a separate work of art intended to be kept in an album of such works. The techniques are broadly comparable to the Western and Byzantine traditions of miniatures in illuminated manuscripts. Although there is an equally well-established Persian tradition of wall-painting, the survival rate and state of preservation of miniatures is better, and miniatures are much the best-known form of Persian painting in the West. Miniature painting became a significant Persian form in the 13th century, and the highest point in the tradition was reached in the 15th and 16th centuries. The tradition continued, under some Western influence, after this, and has many modern exponents. The Persian miniature was the dominant influence on other Islamic miniature traditions, principally the Ottoman miniature in Turkey, and the Mughal miniature in the Indian sub-continent.

The themes of Persian miniatures are mostly related to Persian mythology and poetry. Western artists discovered the Persian miniature around the beginning of the 20th century. Persian miniatures uses pure geometry and a vivid palette. The allure of Persian miniature painting lies in its absorbing complexities and in the surprising way it speaks to large questions about the nature of art and the perception of its masterpieces.


Nahas di kl!


Dengar je tajuk pun dah gempak. Apa yang nahas? dimana yang nahas tu? warga kotanya kah? bangunan nya kah? atau eksiden? Bukan sama sekali...! (poyo ayat) ni la aku nak cerita kisah aku ke kl... sedih wooo ... aku ni dah lah tak geti jalan2 kat kl. aku niat nak beli adapter komputer je kat loyat... tapi ada pengalaman yang tak kan aku lupakan. Kini bermulalah cerita aku...jeng3

Aku adalah seorang melayu islam yang berketurunan arab yang tidak geti sama sekali. Aku pada mulanya, kena bangun pagi seawal yang boleh kerana ada tugas untuk ku sebagai rakan exco kesenian dan kebudayaan. senang cerita, aku on duti masa tu jadi manager untuk budak2 koir sebab masa tu hari terbuka kolej zaaba. so aku pun bangun mandi dan bergegas ke kolej zaba. patutnya aku bangun kol 7.30. tapi dah terlajak sampai kol 8.00. tapi aku tak kisah. aku kan manager. hahaha!. so dengan muka biskut empat seginya aku turun guna bus. sampai je kat kampus, bus ke zaba tak de. ni yang aku hangin ni. aku dah gabra dah pasal budak koir stat kol 9.00. jam kat tpon aku dah kol 8.30. tugas aku bukan nya apa... nak cabut undi untuk dia orang n bayar dia org punya penyertaan. maunya tak aku ketar lutut. rasa nak terkencing kat depan kampus pon ada.
so aku guna plan b. plan b aku ni aku call la kawan aku yang ada moto. tepat jam 8.56. kawan aku pun datang. aku masa tu sikit lagi nak pengsan memandangkan nak dekat kol 9.00. dengan sepantas yang boleh kawan ku pecut macam mat rempit. aku sebagai pembonceng dah nak tulis wasiat dah. teringat pulak ngan orang-orang yang tersayang. Nak dipendekkan cerita lagi... sampai lah kat koleh zaba. bila dah sampai, satu budak kolej pon aku tak nampak. yang aku nampak, budak2 yang baru nak mandi. (bila masa pulak aku tahu toilet dia orang kat mana?) so aku tak kisah kan penduduk kat situ. yang penting aku kena cari budak koir dulu.
aku ngan kawan aku punya lah nak cari port yang sesuai untuk parking. satu kolej kita orang pusing. orang pun tak ramai pasal masih membuta. so akhirnya jumpalah port yang sesuai. so aku terjun dari moto untuk mencari budak koir tersebut. nasib baik aku jumpa kat cafe. kat cafe, aku dengan poyonya berkata, "korang ni budak2 wakil kuo ke?". mestilah aku buat2 tak kenal, pasal nak jaga air muka aku sebagai manager yang innocent. dah lah dalam kepala otak aku masa tu kl je. pas tu, aku pun bayar yuran penyertaan dia orang dan cabut undi. dia orang memulakan persembahan tempat ke 3. dah aku selesai ngan tugas aku, " wei kalau korang nak balik nanti, korang pandai2 lah sendiri sebab aku ada misi ni" (ayat tak boleh bla dari seorang manager) so dia orang pon angguk tanda setuju. siap sempat ambik gamba lagi ngan manager yang innocent ni. aku pun bangga lah. bukan senang orang perempuan nak ambik gamba ngan aku. aku je yang tak senang nak ambik gamba ngan dia orang. ha3.

so aku ngan kawan aku pun balik ke kolej. sebenarnya, niat aku ni, nak pergi sorang. sebab aku nak jugak rasa sesat dan macam mana jadi orang kl. tetiba, kawan aku ni nak gak temankan aku ke kl. aku okay je. no hal. sebab lagi selamat. so dah kompem nak gi kl, kita orang naik guna bus. masa tu dah nak kol 10.30. tapi sebelum tu, bantai sikit roti canai ngan teh tarik... tapi sebelum tu jugak, banyak gak kawan perempuan aku g kl masa tu. tapi kita orang naik bas yang berbeza n destinasi yang tak sama. so tu dia orang punya hal, aku nak g lowyat je masa tu. yang si kawan aku ni pulak memang sangat2 nak jumpa dia orang bila tiba kat kl nanti.aku pun okay je.

so pergilah tadi guna bus sampai ke pudu. dipendekkan cerita, ni lah third time aku tengok warga kl yang begitu majmuk sekali. dari pelbagai peringkat umur dan lapisan masyarakat. dari orang putih sampai ke orang gelap. dari orang miskin sampai ke peminta sedekah. tak payah cakap lah. itulah kehidupan warga kota yang busy sekali. so setibanya ke pudu, apa lagi, kita kena serbu la oleh penjual tiket. yang aku tak menahan, " adik! adik! tiket ke singapore mari! mari!" dah nawaitu aku ke lowyat boleh sempat buat lawak pulak penjual tiket tu. aku pun terus keluar ikut pintu belakang untuk ke plaza rakyat. (untuk pengetahuan, aku ngan kawan aku, memang tak tahu jalan ke loyat) so kita orang pun naik la mono rail for the first time. konfiden je walhal dua dua badigol. roomate aku punya suggestion la, dia cakap kalau nak gi lowyat, pergilah ke hang tuah guna mono rail. so kita orang pergilah ke hang tuah. agak laju jugak mono rail. tup2 dah sampai. so kita turun lah dari hang tuah untuk ke loyat. setibanya ke hang tuah, ingat senang lah ke lowyat. rupa-rupanya kena jalan kaki. aku masa tu dah pening kepala. dah lah tu, hari pulak panas. ketiak berpeluh. jalan pun macam orang cari bini. kesana kesini lowyat tak jumpa2. so kita orang guna plan c. tgk lah tadi plan kl kat stesen monorail. yang kita nampak, loyat tu dekat2 dengan berjaya time square. so kita cari lah kat depan berjaya t s tu. punyalah kita cari, sampai masuk ke sungai wang. pas tu terlajak pulak ke belakang sengei wang. aku pun lagi pening kepala. so aku guna plan d. tanya orang kat situ. aku tanya la sorang pak guard ni. "mana loyat"? sekali bangla la wa cakap lu. terus aku berdoa." ya allah.. jumpakan lah aku dengan pak guard melayu" .... so doa aku dimakbulkan serta merta. so tanpa berlengah masa " pakcik rasa di sebalik bangunan sungei wang ni." pas tu aku tanya pulak soalan pendidikan seni." pak cik, warna apakah bangunan itu?" " tu pakcik tak tahu" ah sudah... aku pun tak tahu nak cakap apa. aku pun bla ngan kawan aku. nak tak nak, kena caya jugak cakap pak cik tu yang loyat di belakang bangunan sungei wang.

finally, aku punya suka, jumpa jugak akhirnya. terus aku cium lantai loyat dalam hati. apa lagi, aku pun macam jungle people masuk kat dalam loyat. mana tak nya, dunia komputer tu. aku memang rambang mata la tgk. macam2 ada. so aku ngan kawan aku tanpa berlengah masa, terus cari adapter aku. dapat je terus aku beli. pas tu niat nak shopping kat berjaya. so kita orang keluar dari loyat. sebaik je kuar dari loyat... ala hai, dekat nya ngan berjaya time square. pusing satu bangunan setengah mati. rupanya kat belakang bangunan kelabu je.
selain nak beli adapter, nak gak beli alat2 untuk grooming ni. biasalah orang laki. mestilah nak jaga bau dan penampilan. so kita pergi ke watson. beli punya beli, pandai pulak aku betul2 canang semua nya 50 hengget. dalam masa yang sama jugak aku nak beli kasut baru ngan stokin baru. banyak jugak aku shopping. maklumlah duit ptptn dah kuar. shopping sakan la selain membelanjakannya ke jalan yang benar.
berbalik kepada kawan perempuan kita, dalam masa yang sama kita orang pun contact dia orang.sebab bila balik nanti, rancang nak sama2 balik. so dia orang masa tu kat masjid jamek. so bila dah lepas balik dari berjaya, naik mono rail ke masjid jamek pulak. huhuhu, memang banyak la rintangan. bukannya apa, turun je masjid jamek, adoiyai, kawan perempuan kita ni ke semua house pulak. area dekat2 jalan masjid india. aku terus terang cakap. jangan kan ke semua house, cari tandas awam pun belum tentu jumpa. so kita orang terus contact dan contact. memang agak gila pasal jalan ke semua house dari masjid jamek agak jauh. nak tak nak, nak jumpa dia orang punya pasal, kita kena redah jugak. sampai je area dekat2 dengan masjid jamek, aku ternampak mydin. tu kira petanda yang bagus pasal semua house dah dekat. so sebelum tu, aku nak shoping kat mydin dulu pasal nak beli stokin dan kasut. dah beli tu, tetiba kawan perempuan kita ni ke sogo. ahh sudah... aku memang tak tahu. kawan aku terus contact. pendek cerita, agak sesat lah kat area tu pasal banyak sangat bangunan. penat gila. dengan kaki lenguhnya. tuhan je yang tahu.
pendek cerita, kita jumpa kat sogo. huh! akhirnya. bergabung lah kita orang menjadi persatuan shopping sedunia.pas tu, belum sempat aku nak duduk.." jom kita pergi berjaya time square" aku dah nak terkentut dah dengar statment tu. walhal aku ngan kawan aku dah pergi tadi. so aku ikut jelah. maklumlah, statment selamat..." bukan selalu pun.. sekali sekala" memandangkan aku tak habis pun pusing berjaya time square, aku pun pergilah buat kali kedua. so pendek lagi cerita, sampai ke time square, macam stone people. kira macam taksub jugaklah aku pasal nak coverline tadi dah pergi. bukan apa, kawan perempuan aku ni ajak pi tengok roller coster. so aku pergilah ngan kawan aku. sekali tengok, sekali lagi aku jadi forest people. aku punyalah amazing dia orang boleh buat roller coster kat pusat membeli belah. hebat gila. macam2 ada. ada yang pusing2 laju, ada yang main lambung2. macam2 lah. tapi aku ngan kawan aku tak main pasal mahal sangat. dah lah tu, duit pun warm warm half. so tak jadi lah nak main. kat situ jugak ada permainan yang guna token. best jugak pasal tu la first time aku main game guna token. main bola jaring la, main kereta la, menari la... pendek kata macam budak 10 tahun... and then singgah kejap kat marrybrown. makan je apa yang ada.
destinasi kita yang terakhir, ambik gamba. ni merupakan acara tahunan yang wajib. maklumlah, kenangan ni harus di abadi dalam gamba. bila ada cucu, boleh buat cerita time dia orang nak tido. kuar je dari berjaya, ingatkan nak naik mono rail. rupa2 rupanya nak jalan kaki ke pudu. mak aii.. jauh gila . kira macam nak save budget la.... masa tu dah nak dekat pukul 8.00 malam. ,masalahnya sekarang, kawan2 ompuan aku dah beli tiket. so nak tak nak, kena kejar masa. sebab bas kol 8.00. dah sampai ke pudu, ni yang aku kesian kat kawan2 kawan ompuan aku, jam baru je kol 8.02 minit. kena marah ngan pemandu bus. dah lah kena marah, tak dapat naik bas pulak. yang bodoh nya, bas yang pemandu tu bawak, tak de orang. apa ke bodoh tahap maksima bas tersebut. apa lagi, kawan aku berapi la. siap nak tersembur keluar api dia. yang aku menyampah, kalau tiket dah laku macam goreng panas, pekerja dia buat muka selamba je. bila tiket tak laku, bagai nak rak tarik orang. sampai tiket ke singapura pun sanggup jual walaupun orang tu nak pergi loyat. ( aku lah tu)...
so kita orang still bersama ... tak sorang pun di antara group kami nak naik bas. nasib baik kita ni ada cadangan yang agak bernas walaupun tengah panas. so, kita naik guna lrt ke rawang. kat stesen kereta api tu... catu2 lah duit. nak beli tiket. untuk pengetahuan, ada jugak yang first time yang naik lrt. so kita orang tunggulah kat bawah. masa menunggu tu lah kita orang buat aktiviti yang tak boleh bla. aktiviti meluahkan perasaan. siap ambik video lagi untuk meluahkan perasaan. dah lah tu, duduk kat ceruk2 stesen kereta api. macam pendatang asing pun ada. masing2 muka macam tin biskut . penat campur bau campur lenguh semua ada. kira macam dah hilang dah kebitaraan. tak kira dah ni. duduk je kat simen. pas tu, datang lah train....malangnya, train tu banyak pulak manusia. so yang setengah dari kumpulan kami naik... yang setengah lagi tak... kira terpisahlah. so kita tunggu train yang seterusnya. train yang seterusnya ni alhamdulilah. tak de orang sangat. siap boleh baring lagi. kira yang group satu lagi dah samapi kat rawang dulu. kita belum lagi.

dah sampai kat rawang, train ke tanjung mailm pulak tak de. sebab, rawang adalah stesen yang terakhir. jam pun menunjukkan pukul 9.lebih. kita orang pun lepak lah kat kedai makan. lambaian sea food. kat situlah kita orang jumpa kumpulan yang lain jugak. nasib pun sama jugak. masa kat tempat makan tu, kita dah buntu, tak tahu nak buat apa. pasal, nak ke tanjung malim, tak de transport. kita ada dua pilihan. sama ada guna teksi bayar 70 hengget atau bermalam je kat surau ktm. so kita ni kira cadangan atas pagar. ada yang nak balik. dan ada yang sanggup bermalam kat surau. so nasib baik lah ada sorang dari kawan aku tu suksis. dia ada kawan yang boleh tolong. nasib baik lah ada jugak sudi nak tolong. tapi kena tunggu lama sikit la. so dalam masa menunggu tu, aku dah terngantuk-ngantuk keletihan. kawan2 aku buat lawak pulak masa aku nak mengantuk. sambil tu tengok barang yang dibeli. lepas tu, dah penat sangat, kita orang berehat lah kat surau kejap. aku dah tak tahan. nak tunggu transpot lama gak pasal masa tu dah kol 12. so kita pergilah ke surau. alih2 tido jela kat simen. aku tak kisah lah. apa nak jadi jadilah. yang penting aku tido kejap.
tepat pukul 2.15 pagi... " mijan mijan! bangun ! transport dah datang!.. aku pun dengan muka pecah tingkap nye bangun. pergi toilet basuh muka. mana taknya... kepala pun mamai lagi. tau2 kena kejut. so kita orang pun pergilah ke transport. kuar sorang2 dari surau. masing2 macam zombie. dalam pada tu, mata aku berat jugak nak bukak. tapi nak tak nak, aku terpaksa bukak sebab kena temankan jugak yang brader bawak kereta ni. mana tau, ada jugak benda yang limpas kat depan mata. kira macam aku kena berpura-pura minum livita dan lut dari rasa mengantuk. aku tengok kawan aku kat belakang, masing2 dah berlayar. tak guna punya member. pas tu aku tengok lagi sekali. mata masih kelip2. aku tarik balik kata2 aku. hahaha. so dalam perjalanan tu, aku diam membisu. ditambah pulak brader ni rasa kulit dia tebal, bukak aircond kuat2 lagilah aku tak bergerak. akhirnya, sampai jugak. huh. jam kol 3.16. sampai jugak kat depan pagar pintu khar. masa tu kolej dah tutup. so aku ngan kawan aku, buat muka innocent la masuk kolej. nasib baik tak de apa2 tindakan . so aku balik agak lewat dan ni lah first time aku balik koleh kol 3pagi. pas tu, aku mandi dan terbungkang kat katil aku samapai kol 10 pagi. tu je lah aku nak cerita. apa2 pon, pengalaman berharga ni beb. tak mungkin dapat lagi pas ni pasal masing2 pakat tak nak g kl pas ni. hahahaha.. sekian adanya.

Tuesday, January 19, 2010

kad thank to you!



Bercakap pasal hobi aku lak.. ni la hobi aku.. buat kad... buat kad ni boleh dikatakan agak senang dan mungkin boleh dikatakan agak susah bagi yang baru nak menyibok. hehehe.. dari segi design.. bergantung pada kreativiti aku sendiri.. dan kreativiti ini juga bergantung kepada kita menyusun embelishment, warna

Wednesday, January 6, 2010

karya ku si cermin muka


tajuk nye ialah a beautiful day.. kalau tak silap aku la.. ke a sunshine day.. tapi yang aku remember.. belakang tu day day.. wei ladu nehi ha sundey! cakap hindustan la pulak.. ni la aku nak cerita.. ni la master piece aku... nak kata terulung... tak la sangat sebab jika diperhati betul2 kelopak bunga tu.. paham2 jelah.. apa yang penting... kandungan dalam karya aku ni ... dan setiap karya sekali pun.. ada elemen prinsip dan asas seni...

Bercakap pasal elemen prinsip seni ni... maybe kalau diperhati... banyak yang korang boleh describe mengenai karya di atas... apa2 pun bukan senang untuk kita mengikuti satu2 disiplin seni... sebab tu la kita tak boleh main hentam keromo kalau nak buat art... lain la kita pasti apa yang kita buat.. atau dah bertahun berkecimpung dalam dunia kesenian ni..dan banyak bergaul dengan orang yang banyak makan warna buncho. (agak dalam makna di situ ye). kan3??..

So... kita sebagai golongan pemikir.. bukan juga setakat mengetahui disiplin seni itu sendiri.. tetapi mendalami baik dari segi kebenaran apa yang dihasilkan dan mengetahui tujuan sebenar mengapa kita berkarya.. dalam gila aku punya maksud ni.. hahahaha.. tak bley bla la wei. so aku ni selalu je kuar tajuk.. tak kena mengena langsung kat gamba di atas.. nasib baik karangan aku masa upsr dapat b.. dah aku cau dulu..