Saturday, January 30, 2010

Nahas di kl!


Dengar je tajuk pun dah gempak. Apa yang nahas? dimana yang nahas tu? warga kotanya kah? bangunan nya kah? atau eksiden? Bukan sama sekali...! (poyo ayat) ni la aku nak cerita kisah aku ke kl... sedih wooo ... aku ni dah lah tak geti jalan2 kat kl. aku niat nak beli adapter komputer je kat loyat... tapi ada pengalaman yang tak kan aku lupakan. Kini bermulalah cerita aku...jeng3

Aku adalah seorang melayu islam yang berketurunan arab yang tidak geti sama sekali. Aku pada mulanya, kena bangun pagi seawal yang boleh kerana ada tugas untuk ku sebagai rakan exco kesenian dan kebudayaan. senang cerita, aku on duti masa tu jadi manager untuk budak2 koir sebab masa tu hari terbuka kolej zaaba. so aku pun bangun mandi dan bergegas ke kolej zaba. patutnya aku bangun kol 7.30. tapi dah terlajak sampai kol 8.00. tapi aku tak kisah. aku kan manager. hahaha!. so dengan muka biskut empat seginya aku turun guna bus. sampai je kat kampus, bus ke zaba tak de. ni yang aku hangin ni. aku dah gabra dah pasal budak koir stat kol 9.00. jam kat tpon aku dah kol 8.30. tugas aku bukan nya apa... nak cabut undi untuk dia orang n bayar dia org punya penyertaan. maunya tak aku ketar lutut. rasa nak terkencing kat depan kampus pon ada.
so aku guna plan b. plan b aku ni aku call la kawan aku yang ada moto. tepat jam 8.56. kawan aku pun datang. aku masa tu sikit lagi nak pengsan memandangkan nak dekat kol 9.00. dengan sepantas yang boleh kawan ku pecut macam mat rempit. aku sebagai pembonceng dah nak tulis wasiat dah. teringat pulak ngan orang-orang yang tersayang. Nak dipendekkan cerita lagi... sampai lah kat koleh zaba. bila dah sampai, satu budak kolej pon aku tak nampak. yang aku nampak, budak2 yang baru nak mandi. (bila masa pulak aku tahu toilet dia orang kat mana?) so aku tak kisah kan penduduk kat situ. yang penting aku kena cari budak koir dulu.
aku ngan kawan aku punya lah nak cari port yang sesuai untuk parking. satu kolej kita orang pusing. orang pun tak ramai pasal masih membuta. so akhirnya jumpalah port yang sesuai. so aku terjun dari moto untuk mencari budak koir tersebut. nasib baik aku jumpa kat cafe. kat cafe, aku dengan poyonya berkata, "korang ni budak2 wakil kuo ke?". mestilah aku buat2 tak kenal, pasal nak jaga air muka aku sebagai manager yang innocent. dah lah dalam kepala otak aku masa tu kl je. pas tu, aku pun bayar yuran penyertaan dia orang dan cabut undi. dia orang memulakan persembahan tempat ke 3. dah aku selesai ngan tugas aku, " wei kalau korang nak balik nanti, korang pandai2 lah sendiri sebab aku ada misi ni" (ayat tak boleh bla dari seorang manager) so dia orang pon angguk tanda setuju. siap sempat ambik gamba lagi ngan manager yang innocent ni. aku pun bangga lah. bukan senang orang perempuan nak ambik gamba ngan aku. aku je yang tak senang nak ambik gamba ngan dia orang. ha3.

so aku ngan kawan aku pun balik ke kolej. sebenarnya, niat aku ni, nak pergi sorang. sebab aku nak jugak rasa sesat dan macam mana jadi orang kl. tetiba, kawan aku ni nak gak temankan aku ke kl. aku okay je. no hal. sebab lagi selamat. so dah kompem nak gi kl, kita orang naik guna bus. masa tu dah nak kol 10.30. tapi sebelum tu, bantai sikit roti canai ngan teh tarik... tapi sebelum tu jugak, banyak gak kawan perempuan aku g kl masa tu. tapi kita orang naik bas yang berbeza n destinasi yang tak sama. so tu dia orang punya hal, aku nak g lowyat je masa tu. yang si kawan aku ni pulak memang sangat2 nak jumpa dia orang bila tiba kat kl nanti.aku pun okay je.

so pergilah tadi guna bus sampai ke pudu. dipendekkan cerita, ni lah third time aku tengok warga kl yang begitu majmuk sekali. dari pelbagai peringkat umur dan lapisan masyarakat. dari orang putih sampai ke orang gelap. dari orang miskin sampai ke peminta sedekah. tak payah cakap lah. itulah kehidupan warga kota yang busy sekali. so setibanya ke pudu, apa lagi, kita kena serbu la oleh penjual tiket. yang aku tak menahan, " adik! adik! tiket ke singapore mari! mari!" dah nawaitu aku ke lowyat boleh sempat buat lawak pulak penjual tiket tu. aku pun terus keluar ikut pintu belakang untuk ke plaza rakyat. (untuk pengetahuan, aku ngan kawan aku, memang tak tahu jalan ke loyat) so kita orang pun naik la mono rail for the first time. konfiden je walhal dua dua badigol. roomate aku punya suggestion la, dia cakap kalau nak gi lowyat, pergilah ke hang tuah guna mono rail. so kita orang pergilah ke hang tuah. agak laju jugak mono rail. tup2 dah sampai. so kita turun lah dari hang tuah untuk ke loyat. setibanya ke hang tuah, ingat senang lah ke lowyat. rupa-rupanya kena jalan kaki. aku masa tu dah pening kepala. dah lah tu, hari pulak panas. ketiak berpeluh. jalan pun macam orang cari bini. kesana kesini lowyat tak jumpa2. so kita orang guna plan c. tgk lah tadi plan kl kat stesen monorail. yang kita nampak, loyat tu dekat2 dengan berjaya time square. so kita cari lah kat depan berjaya t s tu. punyalah kita cari, sampai masuk ke sungai wang. pas tu terlajak pulak ke belakang sengei wang. aku pun lagi pening kepala. so aku guna plan d. tanya orang kat situ. aku tanya la sorang pak guard ni. "mana loyat"? sekali bangla la wa cakap lu. terus aku berdoa." ya allah.. jumpakan lah aku dengan pak guard melayu" .... so doa aku dimakbulkan serta merta. so tanpa berlengah masa " pakcik rasa di sebalik bangunan sungei wang ni." pas tu aku tanya pulak soalan pendidikan seni." pak cik, warna apakah bangunan itu?" " tu pakcik tak tahu" ah sudah... aku pun tak tahu nak cakap apa. aku pun bla ngan kawan aku. nak tak nak, kena caya jugak cakap pak cik tu yang loyat di belakang bangunan sungei wang.

finally, aku punya suka, jumpa jugak akhirnya. terus aku cium lantai loyat dalam hati. apa lagi, aku pun macam jungle people masuk kat dalam loyat. mana tak nya, dunia komputer tu. aku memang rambang mata la tgk. macam2 ada. so aku ngan kawan aku tanpa berlengah masa, terus cari adapter aku. dapat je terus aku beli. pas tu niat nak shopping kat berjaya. so kita orang keluar dari loyat. sebaik je kuar dari loyat... ala hai, dekat nya ngan berjaya time square. pusing satu bangunan setengah mati. rupanya kat belakang bangunan kelabu je.
selain nak beli adapter, nak gak beli alat2 untuk grooming ni. biasalah orang laki. mestilah nak jaga bau dan penampilan. so kita pergi ke watson. beli punya beli, pandai pulak aku betul2 canang semua nya 50 hengget. dalam masa yang sama jugak aku nak beli kasut baru ngan stokin baru. banyak jugak aku shopping. maklumlah duit ptptn dah kuar. shopping sakan la selain membelanjakannya ke jalan yang benar.
berbalik kepada kawan perempuan kita, dalam masa yang sama kita orang pun contact dia orang.sebab bila balik nanti, rancang nak sama2 balik. so dia orang masa tu kat masjid jamek. so bila dah lepas balik dari berjaya, naik mono rail ke masjid jamek pulak. huhuhu, memang banyak la rintangan. bukannya apa, turun je masjid jamek, adoiyai, kawan perempuan kita ni ke semua house pulak. area dekat2 jalan masjid india. aku terus terang cakap. jangan kan ke semua house, cari tandas awam pun belum tentu jumpa. so kita orang terus contact dan contact. memang agak gila pasal jalan ke semua house dari masjid jamek agak jauh. nak tak nak, nak jumpa dia orang punya pasal, kita kena redah jugak. sampai je area dekat2 dengan masjid jamek, aku ternampak mydin. tu kira petanda yang bagus pasal semua house dah dekat. so sebelum tu, aku nak shoping kat mydin dulu pasal nak beli stokin dan kasut. dah beli tu, tetiba kawan perempuan kita ni ke sogo. ahh sudah... aku memang tak tahu. kawan aku terus contact. pendek cerita, agak sesat lah kat area tu pasal banyak sangat bangunan. penat gila. dengan kaki lenguhnya. tuhan je yang tahu.
pendek cerita, kita jumpa kat sogo. huh! akhirnya. bergabung lah kita orang menjadi persatuan shopping sedunia.pas tu, belum sempat aku nak duduk.." jom kita pergi berjaya time square" aku dah nak terkentut dah dengar statment tu. walhal aku ngan kawan aku dah pergi tadi. so aku ikut jelah. maklumlah, statment selamat..." bukan selalu pun.. sekali sekala" memandangkan aku tak habis pun pusing berjaya time square, aku pun pergilah buat kali kedua. so pendek lagi cerita, sampai ke time square, macam stone people. kira macam taksub jugaklah aku pasal nak coverline tadi dah pergi. bukan apa, kawan perempuan aku ni ajak pi tengok roller coster. so aku pergilah ngan kawan aku. sekali tengok, sekali lagi aku jadi forest people. aku punyalah amazing dia orang boleh buat roller coster kat pusat membeli belah. hebat gila. macam2 ada. ada yang pusing2 laju, ada yang main lambung2. macam2 lah. tapi aku ngan kawan aku tak main pasal mahal sangat. dah lah tu, duit pun warm warm half. so tak jadi lah nak main. kat situ jugak ada permainan yang guna token. best jugak pasal tu la first time aku main game guna token. main bola jaring la, main kereta la, menari la... pendek kata macam budak 10 tahun... and then singgah kejap kat marrybrown. makan je apa yang ada.
destinasi kita yang terakhir, ambik gamba. ni merupakan acara tahunan yang wajib. maklumlah, kenangan ni harus di abadi dalam gamba. bila ada cucu, boleh buat cerita time dia orang nak tido. kuar je dari berjaya, ingatkan nak naik mono rail. rupa2 rupanya nak jalan kaki ke pudu. mak aii.. jauh gila . kira macam nak save budget la.... masa tu dah nak dekat pukul 8.00 malam. ,masalahnya sekarang, kawan2 ompuan aku dah beli tiket. so nak tak nak, kena kejar masa. sebab bas kol 8.00. dah sampai ke pudu, ni yang aku kesian kat kawan2 kawan ompuan aku, jam baru je kol 8.02 minit. kena marah ngan pemandu bus. dah lah kena marah, tak dapat naik bas pulak. yang bodoh nya, bas yang pemandu tu bawak, tak de orang. apa ke bodoh tahap maksima bas tersebut. apa lagi, kawan aku berapi la. siap nak tersembur keluar api dia. yang aku menyampah, kalau tiket dah laku macam goreng panas, pekerja dia buat muka selamba je. bila tiket tak laku, bagai nak rak tarik orang. sampai tiket ke singapura pun sanggup jual walaupun orang tu nak pergi loyat. ( aku lah tu)...
so kita orang still bersama ... tak sorang pun di antara group kami nak naik bas. nasib baik kita ni ada cadangan yang agak bernas walaupun tengah panas. so, kita naik guna lrt ke rawang. kat stesen kereta api tu... catu2 lah duit. nak beli tiket. untuk pengetahuan, ada jugak yang first time yang naik lrt. so kita orang tunggulah kat bawah. masa menunggu tu lah kita orang buat aktiviti yang tak boleh bla. aktiviti meluahkan perasaan. siap ambik video lagi untuk meluahkan perasaan. dah lah tu, duduk kat ceruk2 stesen kereta api. macam pendatang asing pun ada. masing2 muka macam tin biskut . penat campur bau campur lenguh semua ada. kira macam dah hilang dah kebitaraan. tak kira dah ni. duduk je kat simen. pas tu, datang lah train....malangnya, train tu banyak pulak manusia. so yang setengah dari kumpulan kami naik... yang setengah lagi tak... kira terpisahlah. so kita tunggu train yang seterusnya. train yang seterusnya ni alhamdulilah. tak de orang sangat. siap boleh baring lagi. kira yang group satu lagi dah samapi kat rawang dulu. kita belum lagi.

dah sampai kat rawang, train ke tanjung mailm pulak tak de. sebab, rawang adalah stesen yang terakhir. jam pun menunjukkan pukul 9.lebih. kita orang pun lepak lah kat kedai makan. lambaian sea food. kat situlah kita orang jumpa kumpulan yang lain jugak. nasib pun sama jugak. masa kat tempat makan tu, kita dah buntu, tak tahu nak buat apa. pasal, nak ke tanjung malim, tak de transport. kita ada dua pilihan. sama ada guna teksi bayar 70 hengget atau bermalam je kat surau ktm. so kita ni kira cadangan atas pagar. ada yang nak balik. dan ada yang sanggup bermalam kat surau. so nasib baik lah ada sorang dari kawan aku tu suksis. dia ada kawan yang boleh tolong. nasib baik lah ada jugak sudi nak tolong. tapi kena tunggu lama sikit la. so dalam masa menunggu tu, aku dah terngantuk-ngantuk keletihan. kawan2 aku buat lawak pulak masa aku nak mengantuk. sambil tu tengok barang yang dibeli. lepas tu, dah penat sangat, kita orang berehat lah kat surau kejap. aku dah tak tahan. nak tunggu transpot lama gak pasal masa tu dah kol 12. so kita pergilah ke surau. alih2 tido jela kat simen. aku tak kisah lah. apa nak jadi jadilah. yang penting aku tido kejap.
tepat pukul 2.15 pagi... " mijan mijan! bangun ! transport dah datang!.. aku pun dengan muka pecah tingkap nye bangun. pergi toilet basuh muka. mana taknya... kepala pun mamai lagi. tau2 kena kejut. so kita orang pun pergilah ke transport. kuar sorang2 dari surau. masing2 macam zombie. dalam pada tu, mata aku berat jugak nak bukak. tapi nak tak nak, aku terpaksa bukak sebab kena temankan jugak yang brader bawak kereta ni. mana tau, ada jugak benda yang limpas kat depan mata. kira macam aku kena berpura-pura minum livita dan lut dari rasa mengantuk. aku tengok kawan aku kat belakang, masing2 dah berlayar. tak guna punya member. pas tu aku tengok lagi sekali. mata masih kelip2. aku tarik balik kata2 aku. hahaha. so dalam perjalanan tu, aku diam membisu. ditambah pulak brader ni rasa kulit dia tebal, bukak aircond kuat2 lagilah aku tak bergerak. akhirnya, sampai jugak. huh. jam kol 3.16. sampai jugak kat depan pagar pintu khar. masa tu kolej dah tutup. so aku ngan kawan aku, buat muka innocent la masuk kolej. nasib baik tak de apa2 tindakan . so aku balik agak lewat dan ni lah first time aku balik koleh kol 3pagi. pas tu, aku mandi dan terbungkang kat katil aku samapai kol 10 pagi. tu je lah aku nak cerita. apa2 pon, pengalaman berharga ni beb. tak mungkin dapat lagi pas ni pasal masing2 pakat tak nak g kl pas ni. hahahaha.. sekian adanya.

No comments:

Post a Comment